14 December 2021

ANAK KETIGA SELAMAT BERNIKAH - FAUZI & LISDAWATI DAPAT MENANTU LAGI



"Alhamdulillah selesai sudah acara majlis pernikahan dan sanding anak ketiga. Semoga Allah swt merahmati korang berdua. Bahagia hingga akhir hayat. Terima kasih kepada semua pihak yg terlibat menjayakan majlis ini. Maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung.

"Maaf juga kepada mereka yang tak dapat kami jemput atas sebab-sebab SOP yang terhad. Terima kasih juga kepada pihak besan dan seluruh ahli keluarga yang datang dari jauh," demikkian kata pelakon Lisdawati yang menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT selepas anak ketiganya, Hanna Faresha telah selamat melangsungkan majlis pernikahannya pada tanggal 12 Disember lalu.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram. Menurut Lisdawati, dia mendoakan semoga bahtera perkahwinan anaknya yang juga merupakan model muslimah itu bersama pasangannya yang dikenali sebagai Afiq akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Lisdawati dan anaknya itu. Dalam perkongsian tersebut, pasangan dua merpati sejoli ini dilihat sama cantik sama padan mengenakan sepersalinan rona putih beserta songket hasil sentuhan pereka Shanell Harun.

Klik untuk gambar besar







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: