Berhubung isu barangan miliknya yang akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara, pagi esok, usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tampil memberi respon dimana dia tidak kisah.
Ini kerana kata Sajat menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, tindakan untuk menyita dan menjual hartanya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.
Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia. Sajat turut memberitahu rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.
"Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia)," katanya.
________________________
No comments:
Post a Comment