13 December 2021

HAMIL ANAK KEDUA - ISTERI SYAHMI SAZLI MASUK HOSPITAL, ALAMI JANGKITAN KUMAN PADA AIR KENCING



"Mi tengah shoot filem 35mm tadi dapat berita dari doktor yang Nissa kena masuk air dan ada jangkitan kuman dalam air kencing. Get well soon, my wife. Doakan Nissa ye," itulah kata pengarah dan Youtuber, Syahmi Sazli yang memaklumkan isterinya, Anissa Faizul kini sedang menerima rawatan di KPJ Penang Specialist Hospital selepas doktor mendapati ada jangkitan kuman pada air kencingnya.

Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Syahmi berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara tersebut ketika sedang menjalani sesi pengambaran filem terbarunya yang berjudul '35mm'.

Jelasnya lagi, isterinya itu terpaksa dimasukkan air dan harus berehat buat sementara waktu di hospital. Dikesempatan itu juga, Syahmi turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan isterinya itu agar segera sembuh seperti sedia kala.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut mendoakan semoga isteri Syahmi akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Untuk makluman, Syahmi dan Nissa telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ainul Mardhiah. Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, Nissa memaklumkan dia kini sedang hamil anak kedua.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: