13 December 2021

ESOK ASET SAJAT DILELONG - ORANG RAMAI YANG INGIN BELI BOLEH DATANG



Pada pagi Selasa esok, aset milik usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman bakal dilelong, selepas dua minggu disita.

Difahamkan, proses lelongan awam itu akan bermula pada jam 10.30 pagi, 14 Disember 2021 di rumah Sajat yang beralamat di No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lelongan itu dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin dan Mohamed Syakir Hussin daripada OWA Resources Sdn. Bhd sekalu bekas stokis utama peniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.

"Pihak defendan tidak membuat pembayaran selepas writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad pada 14 Disember lalu. Maka, mahkamah meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok," katanya kepada mStar.

Menurut peguam yang mewakili OWA Resources, Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili, orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong boleh datang ke lokasi diberikan di atas esok.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: