24 December 2021

BIMBANG DIKECAM, DISALAH ERTI - ALI PUTEH HATI-HATI BERI BANTUAN



Semua sedia maklum mengenai kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Ali, Mamak dan Vicha dimana mereka meraih kedudukan naib juara dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 dengan hadiah wang tunai RM250,000 dan trofi, baru-baru ini.

Mahu memperuntukkan sebahagian wang kemenangan bagi membantu mangsa banjir, Ali, 32, bagaimanapun mengambil pendekatan berhati-hati tidak mahu berkongsi perkara ini secara terbuka menerusi media sosialnya dengan masyarakat. Menurutnya, seberapa boleh dia tidak mahu menunjukkan bentuk bantuan yang diberikan ini.

"Alhamdulillah rezeki anak-anak apabila menang tempat kedua MLM. Saya memang akan membantu mangsa-mangsa yang terbabit. Berkenaan Vicha dan Mamak saya tak pastilah, namun rasanya mereka ada buat cara mereka.

"Saya akan buat ikut cara sendiri tapi tidaklah ke lokasi banjir tapi ada cara yang lain yang lebih sesuai. Kalau boleh tutup, kita tutuplah benda ini. Bukan apa, memang boleh tunjuk dan tiada masalah tapi takut orang kecam dan maki saya lagi nanti.

Klik untuk gambar besar



"Apapun kita bantu apa yang boleh kita bantu. Insya-Allah lebih kurang begitulah hasrat saya. Memang saya tak berani nak cakap sangat nanti kena hentam lagi," katanya.

Mengulas golongan sasar yang akan dibantu, Ali berkata, dia lebih melihat kepada kawasan kampung yang teruk terjejas seperti Hulu Langat, Dengkil, Ijok dan Parit Mahang.

"Macam di Shah Alam pun okey saya boleh bantu, cuma mereka di kawasan bandar dan banyak dapat tumpuan. Kita dapat tengok kampung-kampung yang saya sebutkan ini agak teruk di mana ada rumah yang hancur dan hilang dibawa arus banjir," ujarnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: