24 December 2021

GERAM DITUDUH 'MAIN WAYANG' - ISTERI ARIZ RAMLI (CAPRICE) MAHU TAJA NETIZEN JUMPA DOKTOR PAKAR PERIKSA 'HATI'



"Wayang saja lebih minah ini, kelakar pula tengok. Hahaha" - "Ini marketing saja lebih nak bagi orang kenal. Nak jual produk la katanya, marketing kena pandai" - "Setakat datang nak ambil gambar baik tak payah datang".

Demikian komen-komen netizen yang dipercayai menggunakan akaun Instagram palsu dimana dia mempersoalkan perkongsian isteri penyanyi rap Ariz Ramli (Caprice) iaitu Farra Inalis yang turun padang menolong mangsa banjir.

Apa sahaja yang dikongsikan Farra di Instagram pasti akan menarik perhatian netizen sehingga disalah erti segelintir netizen yang menuduhnya sekadar 'lakonan' untuk mencari publisiti.

Enggan berdiam diri, isteri Ariz membalas setiap komen yang menuduhnya seperti tidak ikhlas menghantar bantuan di lokasi yang terjejas akibat banjir. Farra secara sinis berkata dia ingin menaja individu tersebut bertemu dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan hati.

Klik untuk gambar besar



"Betul la tu. Kalau you sudi, I nak sponsor you pergi jumpa doktor pakar untuk periksa hati. Sebab I faham orang ada masalah hati hitam memang hidup dia tak tenang. Sanggup buat akaun palsu sebab nak komen benda-benda buruk. Kesian. Nak gentle komen guna akaun sebenar," balas wanita berusia 26 tahun itu.

Terdahulu, Farra atau lebih mesra disapa sebagai Elis berkongsi foto dia bersama suaminya menghantar barang bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam. Farra dan Ariz turut serta dalam misi bantuan mangsa banjir itu sejak Rabu.

Biarpun terdapat komen negatif, namun masih ramai netizen yang memuji pasangan itu kerana turut serta dalam misi bantuan tersebut. Dalam pada itu, Farra mengakui perlibatannya dalam misi bantuan itu menimbulkan rasa syukur dalam diri selain sebak melihat mangsa yang kehilangan harta benda.


"Apabila melibatkan diri dalam aktiviti macam ini, banyak timbul rasa syukur. Kesian dengan mangsa-mangsa yang sekelip mata hilang tempat berteduh, hilang segala harta benda.

"Anak-anak tak ada tempat selesa nak tidur. Makanan terhad, nak mandi pun tak ada air. Ya Allah... ringankanlah beban mereka yang terkesan kerana banjir. Semoga terus tabah dan kuat mengharungi segala ujian," kata Farra.

Untuk maklauman, Ariz mendirikan rumah tangga dengan Farra yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea pada 15 November lalu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: