15 December 2021

BUDAK MUDA CUBA 'MENGORAT' ADIBAH NOOR DENGAN TAYANG BADAN



Cubaan budak muda mahu 'mengorat' Adibah Noor dengan mengirimkan gambar menayang badan, nampaknya tidak berhasil apabila bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) itu menolak kerana tidak berminat, malah lebih rela hidup membujang selama-lamanya.

"Kelakarlah, macam-macam manusia. Dah ada yang DM (mesej langsung) tayang-tayang badan. Bebudak muda pula tu. Sorry dik, akak tak berminat. I may be #singleforever but I am not lonely (read:horny).

"Lagipun, akak bukan acik-acik kayangan yang mampu nak bela kau," tulis Adibah yang kembali mendapat perhatian di media sosial terutama pengguna dalam kalangan lelaki.

Sementara itu, usik wargamaya, tindakan lelaki yang cuba 'menggodanya' menerusi media sosial itu dirasakan berpunca daripada persembahan Adibah yang membawakan pelakon Faizal Hussein sebanyak dua kali ke pentas GV8.

Klik untuk gambar besar



"Mereka geram kot Kak Dibah tarik abang Faizal Hussein. Tu yang masing-masing try hard". - "Mungkin dorang teruja. Gurauan akak dalam GV nak bawa balik abang Faizal Hussein tu, antara komen-komen pengikutnya.

Balas Adibah: "Ye tak ye, mungkin juga ya. Tapi agak-agak ar, muda nau yang hantar gambar-gambar tu."

Amboiii... bukan main lagi budak muda ini cuba 'mengorat' ye. Sedangkan yang lebih matang dan seusia dengan Adibah pun ditolaknya apatah yang lebih muda. Jelas penyanyi lagu 'Terlalu Istimewa' itu sebelum ini, dia sudah menutup pintu hati untuk berkahwin dek kerana dirinya sudah 'serik' dan dah nak 'expire'.

Apa pun, kita doakan semoga ada seorang insan yang mampu membuka pintu hati Adibah Noor untuk berumah tangga suatu hari nanti.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: