15 December 2021

PERKAHWINAN KALI KETIGA - SAIDA AKUI SUAMI SAHABAT LAMA, KEHADIRANNYA BERI CAHAYA



"Saya memang sudah berpisah dengan bekas suami. Namun, memilih untuk tidak menggembar-gemburkannya kepada umum. Saya anggap jodoh tak panjang antara kami," itulah kata penyanyi Siti Saida Tarudin ynag mengulas mengenai perkahwinan keduanya yang dibina pada 2016 dimana ia hanya mampu bertahan empat tahun apabila berpisah sejak Mac lalu.

Mengejutkan banyak pihak apabila selamat bernikah buat kali ketiga dengan lelaki pilihan hati Mohd Nooraizal Rasip pada 12 Disember lalu, kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkataitu, lelaki yang kini bergelar suaminya itu merupakan sahabat lamanya.

Kata Saida lagi, mereka menjalin hubungan selama lima bulan sebelum mendirikan rumah tangga dan suaminya yang bertugas sebagai pengurus kanan bahagian operasi di sebuah syarikat kewangan itu masih bujang sebelum berkahwin dengannya.

"Dalam tempoh kembali solo, saya tidak menduga insan yang sudah lama dikenali atas kawan itu kini bergelar suami. Saya percaya jodoh baru ini juga merupakan ketentuan dan sebuah takdir yang sudah tertulis. Di saat sedikit demi sedikit tertutup hati, tapi siapa menduga, akhirnya Allah SWT menggerakkan hati untuk menerima kehadirannya dalam hidup kini.

Klik untuk gambar besar



"Kehadirannya memberi cahaya dalam hidup saya. Dia menerima saya dan anak-anak seadanya. Apa yang membuatkan saya tertarik dengannya adalah sifat kedewasaan, kejujuran dan keikhlasan hatinya. Usianya sendiri juga sudah molek untuk berumah tangga.

"Dia sendiri memikul tanggungjawab menjaga lima orang adik perempuannya. Itu juga yang buat saya yakin dia boleh menjaga saya dengan baik," ujarnya lagi.

Untuk makluman, Saida mempunyi empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah, hasil perkahwinan pertama dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, sebelum berpisah pada 7 Oktober 2011.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: