16 December 2021

SUAMI JATUH SAKIT SELEPAS KAHWIN, TERPAKSA KERJA CUCI PINGGAN - ASHIRA REDA



"Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba jatuh sakit. Semasa C0V1D ni besar dugaan saya hadapi. Saya dan ahli keluarga positif C0V1D, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan virus itu juga.

"Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya just buat review la sedikit sebanyak dapat membantu. Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.

"Nak cakap struggle tu tak, Alhamdulillah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong," itulah kata penyanyi Ashira yang reda dengan ujian yang dihadapinya apabila suaminya, penyanyi Bad Indigo jatuh sakit selepas berkahwin sehingga lima jari kaki terpaksa dipotong.

Klik untu gambar besar



Meskipun begitu, ia tidak menjejaskan kasih sayang Ashira untuk terus setia disisi suami. Menurut Ashira, dia menerima keadaan itu serta menganggap apa yang mereka lalui itu adalah ujian dalam rumah tangga. Sentiasa berfikiran positif, Ashira berkata dia banyak berdoa agar diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yang mendatang.

Terdahulu, Bad berdepan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes. Bad berkata dia terpaksa berjalan menggunakan walker untuk membantunya bergerak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: