"Netizen asyik mengata saya, kecam kata seperti saya ni tak ada hati perut nak tumpang populariti. Persoalkan kenapa tak pergi rumah keluarga arwah diam-diam bagi je sumbangan. Bukan apa, saya ni orang (aktif) media sosial, setiap apa yang saya kongsikan orang nak tahu. Peminat saya suka bersama saya," ujar usahawan kosmetik Datuk Seri Vida.
Vida sebelum ini menyatakan rasa terkilan kerana kerana tidak dapat membantu meringankan beban Allahyarham Gmie Screen yang menderita sakit buah pinggang berlubang sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada 10 Disember.
Kemudiannya, anak arwah iaitu Siti Hadirah tampil dengan kenyataan balas dimana dia menafikan bapanya pernah meminta sumbangan bersikap suka meminta-minta.
Susulan itu, kenyataan Vida tersebut telah menerima kecaman yang teruk apabila netizen mempertikaikan sikap dan keikhlasan penyanyi lagu 'I Am Me' itu berhubung hal berkenaan. Menjelaskan lanjut tentang hal itu, usahawan berusia 50 tahun itu berkata dia percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Klik untuk gambar besar
Kebanyakan netizen mempertikaikan sikap Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang dilihat cuba meraih publisiti atas kesedihan keluarga Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim.
Enggan membiarkan orang ramai terus mencemuhnya, Vida mengambil keputusan menziarahi keluarga arwah Gmie di kediaman mereka di Kampung Medan Sijangkang, Teluk Panglima Garang, Selangor baru-baru ini. Kehadiran Vida disambut isteri Gmie, Siti Royani Gumari dan anak sulungnya, Siti Hadirah.
"Orang mungkin tak tahu yang kami pernah ada kaitan dulu masa Gegar Vaganza, program yang arwah sertai tu bawah tajaan saya. Memang sedih (tak sempat bantu) tapi saya fikir positif mesti ada rahmat.
"Rahmatnya ialah saya nak adakan tahlil berkala Gmie, Siti Sarah, Maya Matahari dan keluarga saya. Saya datang ziarah ni pun sebab nak tunaikan hajat dan hasrat bagi sumbangan setakat yang saya mampu," katanya.
Sementara itu isteri Gmie berharap orang ramai berhenti mencemuh Vida kerana yakin wujud salah faham dalam isu berkenaan: "Apabila saya dapat tahu (kontroversi), saya suruh anak DM (direct message) Datuk Vida sebab kesian. Banyak komen yang menghentam.
"Tapi sekarang semua dah jelas dan kita faham. Tolong hentikan sebab arwah Gmie baru pergi dan kesian Datuk Vida. Terima kasih Datuk Vida datang ke pondok kami," tuturnya.
________________________
No comments:
Post a Comment