16 December 2021

TAHNIAH - ISTERI FAIZAL TAHIR SELAMAT LAHIRKAN ANAK KETUJUH



Pada Selasa lalu, isteri kepada penyanyi dan komposer Faizal Tahir, Siti Raihanim Rohan telah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh mereka.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan penyanyi lagu 'Assalamualaikum' itu menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambar tangan comel yang sedang menggenggam jari bapanya.

Di ruangan IG Story pula, jelas menggambarkan Faizal gembira dan bersyukur di atas nikmat dan rezeki diberikan Allah SWT: "Alhamdulillah, thank you Ya Allah #happiestdayofmylife," tulisnya.

Pelantun 'Mahakarya Cinta' itu ketika dihubungi Gempak mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan bayinya itu: "Waalaikumsalam. Masha'Allah Subhanallah. Terima kasih atas ucapannya. Alhamdulillah," jawab Faizal ringkas.

Klik untuk gambar besar



Meskipun hanya meletakkan emoji hati pada ruangan kapsyen pada gambar yang dimuat naik, Faizal telah menerima lebih 66 ribu tanda suka dengan 899 lebih komen pada hantaran tersebut.

Selain pengikut di laman sosial terbabit, rakan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Akim Ahmad, Elly Mazle, Anuar Zain, Khai Bahar, Hael Husaini, Haiza dan ramai lagi telah memberikan ucapan tahniah buat Faizal.

Untuk makluman, Faizal dan isteri, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001 dan dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, Ahmad Rifa'ei Zidane dan Khalid Al-Walid serta tiga orang anak perempuan iaitu, Siti Raudhah Nur Iman, Siti Rawdha Nur Jannah dan Siti Nawar Malaikha.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: