Semua sedia maklum mengenai isteri kepada vokalis kumpulan Floor 88, Ayie iaitu Tasha Awie yang kini sedang hamil anak sulung. Namun begitu, berita bunting pelamin itu mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen.
Namun disebalik perkhabaran gembira itu, ada juga suara sumbang mempersoalkan mengenai usia kandungan dan tempoh perkahwinan pasangan ini yang baru memasuki dua bulan.
"(Ramai tanya) eh awalnya mengandung? Ini semua rezeki Allah bagi pada saya dan saya pun tak sangka secepat ini. Mungkin sebab subur? Masa nikah sampai hari kelima saya period (datang haid) dan rezeki yang kita dapat ni tak patut dipertikaikan. Sentiasalah bersyukur.
"Terima kasih semua atas ucapan dan doa kalian semua. Doa yang baik-baik, InsyaAllah doa baik itu akan kembali kepada anda juga," katanya.
Klik untuk gambar besar
Tidak berkecil hati dengan pertanyaan sensitif itu, Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengakui sudah terbiasa dengan pelbagai komen daripada netizen. Lebih-lebih lagi dia memahami kedudukan suaminya yang merupakan seorang selebriti dan dikenali ramai.
"Sejujurnya tak ambil hati pun baca komen netizen itu sebab dah biasa tengok komen-komen negatif macam tu. Cuma kalau melibatkan isu keluarga yang tak boleh dipertimbangkan baru la saya akan buat sesuatu.
"Tak apa la saya maafkan mereka yang tulis komen negatif macam tu. Hidup kena tenang-tenang sahaja, apabila doa yang buruk-buruk takut benda tu akan berbalik pada orang yang cakap tu," ujarnya dipetik sebagai kepada kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instastory, Tasha berkahwin dengan Ayie pada 21 Oktober lalu memberitahu dia menerima banyak pertanyaan netizen mengenai kehamilannya yang kini berusia sembilan minggu.
Pada Khamis lalu, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 24, berkongsi berita gembira kehamilan isterinya itu selepas dua bulan mendirikan rumah tangga. Ayie memaklumkan Tasha sudah hamil sembilan minggu dan teruja kerana bakal bergelar bapa muda.
Untuk makluman, bunting pelamin merupakan istilah yang digunakan kepada wanita yang hamil sejurus selepas perkahwinan dan usia kandungan lebih lama dari tempoh perkahwinan itu.
Dalam sudut perubatan, doktor akan mengira usia kandungan dari tarikh hari pertama seseorang wanita datang haid serta last menstrual period (LMP) dan bukannya tempoh hubungan kelamin dilakukan.
________________________
No comments:
Post a Comment