27 December 2021

BADRUL MUHAYAT DAKWA DIRINYA DIFITNAH



Pelakon lelaki popular era 1990-an, Badrul Muhayat tampil mendakwa dirinya telah difitnah berhubung dakwaan bekas isterinya bahawa dia melarikan dua anak mereka.

"Saya kena fitnah," demikian jawapan ringkas pelakon tersebut ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, namun enggan ditemubual dan kemudian meminta maaf kerana sedang sibuk.

Menerusi laporan sebelum ini, bekas isteri pelakon itu membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan pelakon itu dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Klik untuk gambar besar



"Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Terdahulu wanita itu menerusi hantaran di Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.

Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya. Wanita itu turut memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: