27 December 2021

MICHAEL ANG BIDAS NETIZEN PERTIKAI MAJLIS BERINAI UQASHA & KAMAL



"Maafkan saya, kenapa mesti nak angkat budaya kaum lain?" - "Bangsa Melayu, bangsa yang paling senang terima budaya orang".

Itulah antara komen-komen segelintir netizen yang mempersoalkan mengapa budaya Bollywood yang diangkat dalam majlis masyarakat Melayu, selepas pengarah dan pelakon Michael Ang berkongsi video tarian pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli ketika malam berinai bertemakan Bollywood yang berlangsung pada 15 Disember lalu..

Setiap keraian sempena perkahwinan Uqasha dan Kamal pasti mendapat perhatian ramai pihak. Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan majlis berinai pasangan ini, terselit kata-kata negatif netizen yang mempersoalkan keterujaan pengantin meniru budaya luar berbanding akar umbi sendiri.

Turut terkena tempias selepas memuat naik video tarian Uqasha dan Kamal pada majlis tersebut, pengarah dan penerbit popular, Michael Ang yang menyindir netizen agar tidak mempertikaikan cara hidup individu lain.

"Ini video versi panjang yang diminta oleh semua orang, berseoronoklah. Tidak perlu mengeluarkan sebarang kutukan berbaur perkauman. Lihat dan berseronoklah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, pemilik nama penuh Michael Ang Hai Swee, 45, itu turut mempertikaikan segelintir netizen yang menganggap diri mereka sebagai individu alim tetapi masih aktif dalam media sosial.

"Tidak perlu nak minta satu dunia hidup seperti cara anda yang konon-kononnya sangat alim. Bukan semua orang mempunyai fikiran sempit seperti anda, Malaysia pun banyak gua, silalah ke sana. Jika alim sangat, kenapa perlu ada media sosial?" tuturnya lagi.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup di Bentong, Pahang pada 5 November lalu. Berita perkahwinan mereka hanya diumum sebulan kemudian dalam sbeuah majlis sidang akhbar pada 7 Disember lalu.

Kini, pasangan pengantin baharu itu sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah sebagai tanda kesyukuran selepas doa jodoh mereka dimakbulkan oleh Allah SWT.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: