27 December 2021

REZEKI BABY - ERNIE ZAKRI TERHARU TERIMA HADIAH 'BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK' DARIPADA SA.YA



"Syukur Alhamdulillah. Antara malam malam yang bermakna sepanjang karier Ernie. Ramai juga yang tahu, Ernie dan Syamel memang peminat Senario. Bila tahu dapat bergandingan bersama abang abang Sa.Ya terus kita on.

"No wonder lah mereka bertahan begitu lama dalam industri, disiplin dan determination mereka sangat memberi inspirasi pada Ernie. Rasa sebak pula semalam on stage walaupun baru 3 hari dapat belajar sama sama lagu 'Hampir Ke Situ'.

"Paling terharu, abang-abang Sa.Ya bagi Bintang Cuckoo Paling Gempak kat Ernie semalam, sweet kan?," kata penyanyi Ernie Zakri menerusi satu posting di Instagram.

Ernie meluahkan rasa terujanya apabila dapat berduet bersama bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Saiful Apek dan Yassin (Sa.Ya) malam semalam. Tambah bermakna, Ernie turut menerima hadiah 'Bintang Cuckoo Paling Gempak' daripada kumpulan berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ernie, dia juga kagum dengan kesungguhan kumpulan tersebut dan menyifatkan ia sebagai faktor utama mereka kekal relevan hingga hari ini.

Sementara itu, kumpulan Sa.Ya ketika ditemui malam semalam menjelaskan pemberian 'Bintang Cuckoo Paling Gempak' kepada Ernie dan suami yang juga penyanyi, Syamel sebagai satu hadiah buat kelahiran anak pasangan itu kelak.

"Kita bagi kepada Ernie sebab dia paling layak. Malah plak yang diterima tu adalah untuk bayi yang bakal lahir nanti," jelas mereka.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: