25 December 2021

"DAH BERSIH, BEKALAN ELEKTRIK PUN DAH ADA..." - YANTZEN BERSYUKUR AKHIRNYA DAPAT KEMBALI KE RUMAH



Selepas dua hari berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS), penyanyi rock, Yantzen meluahkan rasa syukur apabila akhirnya dapat pulang ke rumah. Yantzen berkata, dia melakukan kerja-kerja pembersihan bersama anak, kawan-kawan dan jiran. Tambahnya, hampir kesemua barangan rumahnya rosak kerana ditenggelami air.

"Selepas dua malam tidur di PPS mereka maklumkan air sudah surut dan boleh pulang ke rumah. Kami mula menjalankan kerja-kerja pembersihan.

"Sekarang saya dah boleh di rumah sebab dah bersih. Bekalan elektrik pun dah ada secara berperingkat mengikut kawasan. Terima kasih kepada semua yang membantu saya membersihkan rumah.

Klik untuk gambar besar



"Hampir semuanya rosak dan dan tak boleh digunakan lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya terima semuanya dengan reda. Saya juga tidak akan berpindah dari sini," katanya yang kini berada di Terengganu melakukan kerja amal.

Sebelum ini, Yantzen, dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai (SKSS), Hulu Langat apabila kediamannya dinaiki air paras bumbung.

Air yang naik mendadak menyebabkan Yantzen terpaksa memanjat bumbung untuk menyelamatkan diri. Yantzen tinggal bersendirian di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12, Hulu Langat selamatkan Anggota Tentera Malaysia (ATM) selepas satu hari bermalam di atas bumbung.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: