26 December 2021

"PERCUTIAN DIRANCANG 6 BULAN AWAL SEBELUM BANJIR" - ALIFF SYUKRI SEDIH KENA KECAM



"Kenapa saya sering dikecam? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan 1 Malaysia mengutuk saya gara-gara percutian saya di luar negara yang dirancang 6 bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia.

"Korang tau tak bisnes saya juga terjejas, resort saya rugi ratusan ribu? Saya tak nak share apa yang saya buat, apa yang saya bantu nanti korang cakap riak, menunjuk…tapi…," luahnya terkilan.

"Walau badan di sini hati dah sampai Malaysia... Doakan perjalanan pulang saya dipermudahkan dan saya dapat menyalurkan bantuan yang tak seberapa ini dibandingkan dengan kemusnahan dan kesedihan mereka," ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa sedih apabila dirinya sering menjadi mangsa kecaman warganet.

Aliff berkata, dia tidak mengerti mengapa ramai yang mengutuk dan mengeji gara-gara percutiannya bersama keluarga ke luar negara ketika bencana banjir melanda. Menurut Aliff, percutian dia dan keluarga sudah dirancang sejak enam bulan lalu sebelum bencana banjir melanda negeri Selangor.

Klik untuk gambar besar



Jelas Aliff lagi, dia turut mengalami kerugiaan ratusan ribu ringgit kerana resortnya turut mengalami kerosakan dan perniagaan terjejas. Dakwa Aliff, dia tidak berkongsi sebarang bentuk bantuan yang disalurkan kerana bimbang dituduh riyak dan menunjuk-nunjuk.

Dalam pada itu Aliff turut berharap agar perjalanannya pulang ke tanah air dipermudahkan supaya dia dapat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas.

"Walau badan di sini hati dah sampai Malaysia…Doakan perjalanan pulang saya dipermudahkan dan saya dapat menyalurkan bantuan yang tak seberapa ini dibandingkan dengan kemusnahan dan kesedihan mereka," katanya.

Melihat pada bahgaian ruangan komen, ramai pengikut yang menasihatkan Aliff supaya tidak mempedulikan komen negatif. Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada Aliff kerana tidak lupa untuk memberikan bantuan kepada orang-orang yang memerlukan.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: