26 December 2021

GEMPAR... BEKAS ISTERI DAKWA PELAKON BAWA LARI ANAK-ANAK



"Assalamualaikum, saya nak mintak tolong.. Anak saya dibawa lari oleh bekas suami saya iaitu seorang pelakon.

"Saya dah buat report polis Nak tunggu fail kes di mahkamah Iambat. Saya nak dia pulangkan anak saya balik. Saya merayu sangat-sangat sebab anak-anak itu saya jaga daripada kecil," ujar seorang wanita yang memohon bekas suaminya itu memulangkan kembali anak-anaknya.

Untuk bayangan, bekas suaminya itu seorang pelakon yang popular sekitar tahun 90han dan hingga kini ada membintangi drama di TV.

Malah pada tahun 2010, pelakon itu pernah didakwa dimahkamah kerana memukul dan mengasari isterinya.

"Tidak ada gunanya dia menjadi suami jika tidak melakukan tanggungjawab sebagai suami. Saya lebih rela menjadi ibu tunggal dan besarkan anak sendirian.

Klik untuk gambar besar



"Segala pengorbanan yang saya buat selama ini tidak pernah dihargainya. Saya yang bekerja menanggung keluarga dan dia, ketika dia ditangkap, saya yang bersusah payah bebaskan dia dari lokap.

"Cukuplah pengalaman yang terjadi kepada saya selama ini yang boleh menjadi pengajaran dalam memilih pasangan hidup. Sekarang saya hanya fikir masa depan anak-anak sahaja," demikian kata bekas isterinya itu kira-kira 11 tahun lalu ketika ditemubual media.

Dalam hal ini jika benar dilarikan, kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secara baik. Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa persengketaan yang merugikan kedua-dua belah pihak.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: