05 December 2021

DIDAKWA BERKAHWIN 2 TAHUN LALU, PAKSA CERAIKAN ISTERI PERTAMA - NORA & SUAMI TAMPIL NAFI



"Astagfirulllahalazim... Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan dari saya," demikian jelas penyanyi Datuk Nora Ariffin yang menafikan segala tuduhan dan fitnah yang tular di media sosial dimana dia dan suami, Dr Rushdi Ramli didakwa sudah berkahwin sejak dua tahun lalu dan juga dakwaan yang mengatakan meminta suaminya itu menceraikan isteri pertama.

Dalam pada itu, suami Nora menganggap segala tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab adalah satu fitnah yang berniat jahat. Rushdi berkata, tuduhan demi tuduhan yang ditularkan juga adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinannya dengan Nora.

"Saya Rushi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang diviralkan (tular) pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dengan Nora. Ia adalah satu fitnah yang berniat jahat dan buruk.

"Allahu Akbar, semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap individu-individu yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami," katanya.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu sebuah portal berita melaporkan, Nora dikatakan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya itu yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun.

Lebih mengejutkan, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan status suami Nora itu sama ada sudah mempunyai isteri atau duda sebelum berkahwin dengannya yang juga ibu tunggal empat anak.

Sebelum ini, Nora memaklumkan dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini. Perkahwinan itu sekali gus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan pada 1992 dan dikurniakan empat anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan. Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung. Selain kehilangan Johan, pada 13 Disember 2019 pula, Nora sekali lagi diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: