05 December 2021

WANI KAYRIE PULA POSITIF C0V1D



"Setiap perkara yang berlaku ini pasti ada hikmah. Dukacita saya disahkan positif C0v1d..

"Mohon doakan saya. Setakat ini, saya perlu menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari mengikut nasihat doktor.

"Antara gejalanya adalah demam panas, sakit kepala, batuk, selesema dan sakit tekak. Alhamdulillah deria bau dan rasa masih ada. Tapi, sakit dia teramat sakit. Tak tipu," tulis penyanyi Wani Kayrie, 21, dalam satu hantaran terbaharu di Instagramnya.

Wani berkata, dia bagaimanapun bersyukur apabila deria bau dan rasa masih berada di dalam keadaan baik.

"Jagalah diri sebaik mungkin. Kita cuba dan ikhtiar apa yang mampu," tambahnya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: