27 December 2021

DIDUGA LAGI - KALI INI EBBY YUS MASUK HOSPITAL



"Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital," itulah kata pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, apabila dia diduga lagi dan kali ini dimasukkan pula ke hospital sejak empat hari lalu.

Ebby yang sebelum ini diuji dengan rumahnya di Hulu Langat musnah akibat banjir baru-baru ini, itu bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi hospital tempat dia ditahan.

Ditanya mengenai sakitnya yang menjadi punca dia ditahan, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid memaklumkan dia juga masih menantikan maklumat daripada pihak hospital.

"Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray," jelas Ebby ketika dihubungi yang hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya juga agak lemah.

Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan, lenyap dibawa arus di Hulu Langat, Selangor.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: