19 December 2021

DIKECAM DISELAMATKAN DARI BANJIR NAIK HELIKOPTER - INI RESPON MENANTU PM



"Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing & buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that. Saya tak guna aset kerajaan, lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya. You all nak maki hamun saya, go ahead but those are fitnah.

"Kenapa tak guna heli nak bantu orang ramai? Pasal itu heli commercial, jadi tak boleh nak buka pintu and turun2kan bantuan atau naikkan mangsa etc. Saya tiba2 buat bantuan setelah kena viral di twitter? Saya bantu ikhlas kali ni, sewaktu White PPE, Palestine mask, bendera putih mask dan apa pun bencana. Saya suka bantu orang, dan ikhlas!

"Kalau u tak suka saya, unfollow saja. Please do better to help the nation than just bashing what is not right abt me. There are better things to be done to help people out there. Betul orang memang tengah sengsara. Kalau nak join turun padang agihkan makanan roger saya," demikian tulis menantu kepada Perdana Menteri yang juga pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

Kenyataan Jovian itu adalah bagi menjawab kecaman diterima selepas perkongsian seorang netizen yang mempersoalkannya yang diselamatkan dengan menaiki helikopter.

Klik untuk gambar besar



Netizen berkenaan turut berkongsikan Insta Story suami kepada Nina Sabrina Ismail Sabri itu yang memuat naik paparan Waze berada di Shah Alam dan mengatakan mustahil untuknya pulang ke rumah disebabkan banjir.

Kemudian, Jovian dilihat memuat naik pemandangan dari atas kawasan banjir melalui helikopter serta berkongsikan gambar akhirnya dapat bersama anaknya berserta kapsyen 'home sweet home'.

Bagaimanapun, perkongsiannya tersebut mengundang rasa kurang netizen yang mengecam tindakannya itu apabila menayang di Instagram sedangkan ada yang tersangkut di atas bumbung serta tidur di dalam hujan dan terperangkap di dalam kereta.

Sementara itu, netizen mengatakan perkongsian tersebut sudah pun di padam daripada Insta Story miliknya. Mungkin sedar tindakannya itu mengudang kecaman ramai.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: