Selepas personaliti media sosial, Maryam You Narae melahirkan anak sulung iaitu bayi perempuan, namanya sejak kebelakangan ini sering kali menjadi bualan hangat susulan ramai pihak yang mempertikaikan mengenai caranya menjalani proses berpantang.
Ada diantara mereka dikatakan agak kurang senang melihat Maryam yang berkahwin dengan orang Malaysia, Ryzal Ibrahim pada Ogos 2019 itu kini sudah bebas menjalani rutin hariannya seperti biasa meskipun baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada 20 Oktober lalu.
Malah, ada juga yang menganggap kebanyakkan pasangan suami isteri muda kini sudah tidak lagi mementingkan mengenai fasa berpantang. Isu berkenaan nyata menerima reaksi pelbagai daripada ramai pihak, termasuklah penyanyi Ernie Zakri.
Menurut Ernie, kita sepatutnya harus menghormati pendirian orang lain lebih-lebih lagi buat Maryam yang juga merupakan wanita asal Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan itu. Jelasnya lagi, setiap orang bebas untuk mengamalkan cara berpantang mereka sendiri asalkan kesihatan mereka sentiasa terjaga.
Klik untuk gambar besar
"Tapi.. dia kan Korean. Mana boleh dipaksa adat kita. Yang penting tubuh badan sihat, tahu la mereka jaga diri Inshallah," tulis isteri kepada penyanyi Syamel itu yang berkongsi pandangannya menerusi sebuah ciapan di laman Twitter.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar trend seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
"Biasalah Kak Ninie, zaman sekarang ramai yang suka jaga tepi kain orang berbanding tepi kain sendiri. So kene redha jela. Asalkan kita tak langgar syarak itu pon dh cukup bagus. Takde dalam al-Quran pon yang mengatakan pantang tu wajib. Ia cuma adat sahaja.
"Moga dipermudahkan urusan bersalin Kak Ninie jugak nanti!" - "Kelakar eh. Ibarat kita pi kecam Song Ji Hyo lepas beranak kenapa tak ikot pangang adat melayu? Gitu." - "Susah hidup kalau ada makcik-makcik bawang yang macam tu," antara reaksi-reaksi netizen di Instagram.
________________________

No comments:
Post a Comment