01 December 2021

SHARIFAH SHAWATI DEDAH SUDAH 2 TAHUN BERCERAI, SELEPAS 28 TAHUN BERKAHWIN



"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman. Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan sibuk dengan kerjaya dan tugas," demikian dedah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati yang menjelaskan dia sudah bercerai dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.

Shawati menjelaskan perpisahan tersebut berlaku secara aman dan tiada sebarang konflik terjadi antara dia dengan bekas suaminya itu. Dia sebaliknya lebih mementingkan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka selain perkembangan kerjayanya.

Menurut Shawati atau nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd, 51, mereka memilih untuk tidak mewar-warkannya perkara tersebut bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.

Klik untuk gambar besar



Shawati berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dikhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri.

Tambahnya lagi, dia memaklumkan perkara tersebut sekarang bagi mengelakkan daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: