01 December 2021

BANTUAN ZAKAT, BAD INDIGO SEGAN NAK AMBIL: "ADA ASNAF LAIN LEBIH MEMERLUKAN"



"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor ada memaklumkan kepada saya dan mahu membantu. Tetapi buat masa ini, saya tak mahu ambil lagi bantuan daripada kedua-duanya sebab masih mahu mencuba.

"Saya segan nak ambil duit yang tentunya ada asnaf lain lebih memerlukan. Saya ada luahkan perkara ini pada pegawai yang bertugas. Tetapi mereka ada kata, saya ini layak terima," ujar anggota kumpulan Indigo, Bad yang mengakui malu dan segan untuk menerima bantuan zakat daripada badan kebajikan meskipun layak apabila kini memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Menurut Bad, dia tidak sanggup untuk menerima bantuan kerana memikirkan terdapat ramai lagi golongan asnaf atau orang lain yang lebih memerlukan. Kata Bad lagi, apabila dia sudah bersedia atau pun tiada cara lagi untuk menjana pendapatan untuk meneruskan hidup, dia akan memaklumkan kepada pihak zakat.

Klik untuk gambar besar



"Katanya, zakat bukan hanya kepada fakir miskin sahaja, ada banyak kategori. Dia beritahu supaya saya jangan risau, tetapi tak mengapalah. Jika saya sudah bersedia atau tiada langsung cara lain untuk hidup, mungkin saya akan hubungi mereka. InsyaAllah," katanya.

Berkogsikan keadaan kesihatannya, Bad berkata dia perlu mendapatkan rawatan di hospital secara berkala bagi membersihkan luka di kaki kiri selepas kesemua lima jari kakinya dibuang akibat diabetes.

"Sejak keluar dari hospital awal tahun lalu lagi saya memang kena guna 'walker' untuk bantu pergerakan. Paling susah nak urus diri adalah dalam tandas. Tapi nak tak nak, kena buat juga. Saya juga uruskan diri sendiri tanpa mahu menyusahkan isteri. Begitu juga kalau nak ke hospital untuk rawatan berkala itu, saya akan bergerak dan pandu kereta sendiri," jelasnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: