06 December 2021

IFA RAZIAH TAWAR RM200,000, KEMUKAKAN BUKTI DIRINYA 'MEMOTONG USUS' UNTUK KURUS



"Saya kurus atas usaha sendiri, tiada hendak potong usus dan menyedut lemak walaupun saya mampu hendak membayar semula kos pembedahan itu. Saya hanya mengamalkan produk yang diasaskan iaitu Solid Molid selama empat tahun. Ramai yang sakit hati, busuk hati dan perut kerana cuba untuk menjatuhkan perniagaan saya.

"Saya ingin mencabar kepada orang ramai dan warganet untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM200,000 dengan mengemukakan segala bukti yang kukuh seperti yang didakwa di media sosial. Mari beramai-ramai daripada terus menabur fitnah, lebih baik kemukakan bukti yang kukuh sebelum tarikh tutup pada Rabu iaitu 8 Disember.

"Saya akan memberikan ganjaran duit secara tunai," tulis pengacara dan pelakon sensasi, Ifa Raziah, 46, menerusi laman sosial dimana dia menawarkan wang ganjaran sejumlah RM200,000 kepada individu yang dapat mengemukakan bukti kukuh mengatakan dirinya melakukan kaedah 'memotong usus' atau bariatrik untuk kurus.

Klik untuk gambar besar




Ifa sebelum ini sudah beberapa kali meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang mendakwanya menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus untuk menjadi kurus dan menggunakan jalan pintas bagi mempromosikan produk menguruskan badan yang diasaskan olehnya. Dek kerana itu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, telah mencabar netizen untuk kemukakan bukti.

Malah, artis versatil itu tidak faham mengapa masih ada yang menyimpan hasad dengki terhadap dirinya sedangkan dia tidak pernah mengambil pusing tentang kehidupan orang lain.

Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia kesal ialah didakwa menjalani prosedur menguruskan badan secara cepat dan menipu denga memaklumkan produk Solid Molid mampu menurunkan berat.

 






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: