06 December 2021

KENYATAAN SUHAIMI SAAD BAKAL DIAMBIL TINDAKAN - MENTERI AGAMA



Semua sedia maklum mengenai bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, Suhaimi Saad yang sering mengeluarkan kenyataan 'berani' di laman sosial miliknya.

Terbaru, Suhaimi yang menggunakan nama akaun Mosus telah menulis mengenai tujuh perkara yang diikuti umat Islam namun ditolaknya iaitu v@ks1n, bumi berbentuk bulat, sistem demokrasi, sistem perbankan riba, sistem pendidikan dunia, ganja dan ketum itu merbahaya serta kekuasaan Allah ada di mana-mana.

Dek kerana kenyataannya itu, Menteri Agama iaitu Idris Ahmad menerusi Utusan, telah meminta pihak berkuasa agama Islam negeri terlibat untuk mengambil tindakan dan menyiasat dengan lebih lanjut.

Ujar Idris lagi, diharap masyarakat di luar sana ambil maklum bahawa Jabatan Kemajuan Agam Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa cakna akan isu berkaitan akidah namun mereka menghormati bidang kuasa negeri.

Klik untuk gambar besar



"Dalam kes ini, kita akan minta pengurusan agama negeri untuk menjalankan siasatan dan menyelesaikannya," jelasnya.

Ujar Idris, isu seperti itu sepatutnya tidak wujud dalam diri mana-mana individu atau masyarakat selaras dengan era perkembangan ilmu yang pesat dan membangun pada ketika ini. Malah katanya lagi, golongan seperti itu hanya wujud pada sekitar tahun 60-an dan 70-an sahaja.

Dalam pada itu, beliau berharap perkara seperti itu tidak melarat dan meminta pengurusan agama negeri terbabit untuk memanggil dan memberi nasihat serta berbincang secara empat mata dengan Suhaimi.

Akhir kata, Idris memberitahu misalnya Suhaimi masih berdegil, maka tindakan undang-undang seterusnya akan dikenakan kepada penyanyi itu.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: