06 December 2021

LEPAS NORA DANISH, NABILA HUDA PULA KENA KECAM



Jika sebelum ini pelakon Nora Danish menjadi perhatian netizen dek kerana pakaian 'hiking' yang dikatakan agak sendat, malah seperti 'berb*g*l', terkini nama pelakon Nabila Huda pula yang hangat diperkatakan berhubung isu pakaian juga.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Nabila memuat naik gambar sedondon memakai busana berwarna putih sedang menikmati percutian pendek bersama temannya.

Penampilan Nabila itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang tampil menegur pengacara 'Melodi' itu supaya menjaga aurat. Meskipun ada yang meninggalkan komen berbaur sindiran, namun ada yang menitipkan doa agar pelakon itu diberikan petunjuk oleh Allah.

Apa pun, kita doakan semoga terbuka hati untuk menutup aurat dengan sempurna. Amin.

Klik untuk gambar besar




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: