22 December 2021

INI PESANAN FAZLEY YAAKOB



Penyanyi Fazley Yaakob menerusi Insta Story miliknya telah memberi pesanan kepada mangsa banjir serta pihak yang ingin memberi bantuan.

Dalam status tersebut, Fazley berkata, tidak salah untuk membantu mangsa banjir tapi tidak perlu buat Live atau pun post di media sosial kerana bimbang ianya akan menjadi riak.

Fazley turut memberi pesanan berhubung penyediaan makanan, dimana ia perlu mengelakkan makanan yang berkuah atau bersantan kerana boleh cepat rosak.

Diakhir perkongsian itu, Fazley meminta jika mahu memberikan bekalan makanan, haruslah disediakan di dalam bekas yang mudah dimakan dan disertakan sekali sudu dan garfu. 

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: