"Nilai kesemua barang RM60,000. Kita bermula lelong dengan RM50,000 dengan setiap kenaikan RM5,000, kemudian pembida tidak setuju dengan harga itu dan diturunkan kepada RM40,000 dengan setiap kenaikan RM2,000.
"Sekali bida RM42,000 terus habis di situ dengan kuantiti harga yang sama. Siapa yang ambil memang untung. Pembida sudah bayar semua tiada isu tak bayar," ujar peguam Zeti Zulkifli yang memaklumkan bidaan dibuat hanya sekali sahaja dengan membabitkan tiga pembida.
Selepas lelongan pertama gagal, harta milik usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman akhirnya berpindah milik kepada seorang Pak Cik Cina bernama Chai Leong Huat pada Rabu.
Individu berusia 67 tahun itu berjaya memperoleh kesemua 39 barangan dengan bidaan tertinggi RM42,000 pada lelongan kedua di kediaman ahli perniagaan itu di Kota Damansara.
Dalam pada itu, peguam Nurul Hafidzah Hassan pula berkata, pihaknya akan meneruskan tindakan lain bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM160,000 atau meneruskan tindakan kebangkrapan.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya seperti umum ketahui kami mulakan tindakan kebangkrapan sebelum ini, tapi kami hold dulu sebab nak tengok lelongan. Anak guam ada niat untuk meneruskan proses lain sama ada terhadap apa-apa harta lain atau pun terhadap dia walaupun dia berada di luar negara. Kita tengok macam mana," ujarnya.
Proses lelongan yang berlangsung selama dua jam itu bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu. Pembida perlu menyediakan wang tunai RM20,000 sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah banglo dua tingkat di No 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara itu.
Kesemua 39 barangan yang dilelong perlu dibida secara pukal bermula dengan harga RM40,000. Antara barangan yang dilelong adalah set pinggan mangkuk, set bilik tidur, piano, almari antik, sofa, jam berdiri, kipas angin, peti sejuk, televisyen, lukisan, pasu bunga pelbagai saiz dan chandelier.
Proses lelongan ini dibuat bagi menuntut pampasan RM200,000 yang gagal dibayar kepada Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, daripada OWA Resources Sdn. Bhd selaku bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat.
________________________
No comments:
Post a Comment