22 December 2021

SHILA AMZAH DALAM PROSES CERAI - SHARNAAZ BERI KATA SEMANGAT



Perkongsian penyanyi dan pelakon Shila Amzah berhubung dirinya menfailkan perceraian dan sudah dua bulan tidak lagi sebumbung dengan suaminya, Haris Idraki Elias, telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis.

Mereka meluahkan rasa terkejut serta mendoakan semua urusan penyanyi lagu 'Patah Seribu' itu dipermudahkan. Tidak ketinggalan, pelakon Sharnaaz Ahmad turut memberikan kata-kata semangat buat Shila.

"Semoga semua tabah mengharungi ujian. Semoga semua dalam keadaan yang baik-baik, setiap dugaan dan ujian ada ganjaran," kata Sharnaaz.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, menerusi satu perkongsian di Instagram, Shila memaklumkan perceraiannya masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

Sudah dua bulan tinggal di rumah ibu bapanya serta berdepan dugaan apabila rumah ibu bapanya dinaiki air, Shila berkata dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.

Untuk makluman, Shila mendirikan rumah tangga dengan Haris pada April 2018. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais kini berusia dua tahun.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: