22 December 2021

JARAK 11 TAHUN BUKAN PENGHALANG - INTAN SIFATKAN SUAMI BARU SEORANG YANG MATANG



Semua sedia maklum mengenai usahawan Intan Liana Saleh yang kini sudah kembali memegang status isteri setelah hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal. Intan, 36, selamat bernikah dengan penjawat awam, Mohd Aizam Yahya, 25, dalam majlis pernikahan di sebuah premis acara di Jalan Ampang, di sini, malam semalam.

Walaupun usia Aizam 11 tahun lebih muda, Intan menyifatkan suaminya sebagai seorang yang matang selain mengambil berat terhadap dirinya dan anak-anak.

"Bagi saya usia bukanlah penghalang, sama ada muda atau sebaliknya, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan. Kami berkenalan tidak lama iaitu sekitar enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah. Sepanjang mengenalinya, saya lihat dia pandai melayan anak-anak dan menerima mereka seadanya.

"Apa yang penting adalah hubungannya dengan anak-anak. Yang penting masing-masing tahu akan tanggungjawab selepas bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami. Insya-Allah," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Intan, dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya. Intan berkata, sikap pemaaf dan mudah mengalah suaminya menguatkan lagi keyakinan untuk memilih lelaki berkenaan sebagai teman hidup.

"Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini. Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis kami dipermudahkan," ujar Intan.

Nama Intan mula dikenali apabila dia bercerai dengan pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 2018 selepas bekas suaminya itu mengahwini pelakon Izreen Azminda. Hasil perkahwinan tersebut, Intan memiliki dua anak iaitu Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: