03 December 2021

"ISU TU SAMALAH MACAM MAIN 'KAHWIN- KAHWIN'..." - TAUKE MINTA MAAF, SEKADAR NAK AJAR NETIZEN BERSABAR



"Saya minta maaf kepada netizen dan orang di luar sana, saya tak ada niat untuk scam atau menipu mereka. Ni cara zaman sekarang sebab nak menjana ekonomi. Masing-masing ada cara tersendiri... cuma harap netizen sebelum memberi sebarang komen dan spekulasi kena teliti terlebih dahulu.

"Ini mengajar kita untuk bersabar dan menunggu segala keputusan baru lah kita tentukan dan komen jangan nak hentam je. Saya tak ada simpan apa-apa pun, biasa la lumrah kehidupan ada pasang dan surut. Saya pun tak menyalahkan netizen sebab mereka yang menyokong kita sebenarnya sebab sebagai artis dan selebriti memang memerlukan netizen,” katanya.

"Pasal isu kahwin tu pula samalah macam zaman kecil dulu mesti ramai pernah main kahwin-kahwin. Jadi macam saya ni baru nak hidup semula selepas banyak lakukan kesalahan, jadi saya ibaratkan diri macam budak main kahwin-kahwin," ujar pelawak Tauke Jambu yang tampil membuat permohonan maaf setelah hampir seminggu mendiamkan diri selepas dikecam teruk gara-gara melakukan gimik kahwin untuk mempromosikan produk keluarannya.

Klik untuk gambar besar



Tauke berkata dia berbuat demikian kerana mahu mengajar netizen supaya bersabar dan tidak mudah membuat sebarang spekulasi terburu-buru. Meskipun dikecam teruk oleh netizen, Tauke memberitahu dia tidak mengambil hati dengan apa yang diperkatakan terhadap dirinya kerana sebagai artis dia memerlukan netizen.

Ramai yang beranggap idea menggunakan isu perkahwinan sangat sensitif namun Tauke berkata, perkara tersebut tidak perlu diperbesarkan dan ia hanya 'main kahwin-kahwin'.




Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: