03 December 2021

TERKENA JANGKITAN BAHAGIAN TEKAK - BIRTHDAY ZAKI YAMANI TAK JADI SAMBUT



Anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu penyanyi Zaki Yamani telah berdepan detik cemas dimana dia terpaksa dikejarkan ke hospital Avisena Shah Alam disebabkan terkena jangkitan pada bahagian tekak.

Ibu kepada Zaki iaitu Fatimatuzahra Samat ketika dihubungi mStar berkata, ia berpunca daripada demam teruk yang dialaminya sejak empat hari lalu.

"Zaki terkena jangkitan kuman pada bahagian tekak, puncanya baru-baru ni dia demam panas yang sangat teruk. Dia tak boleh bangun, jadi terpaksa dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans pada Khamis malam," katanya.

Pada mulanya Zaki disyaki terkena jangkitan C19 atau demam denggi disebabkan terdapat simptom-simptom tersebut pada anaknya itu. Namun, selepas menjalani ujian calitan, Zaki atau nama sebenarnya Ahmad Zaki Yamani disahkan negatif.

Klik untuk gambar besar



"Saya ingat dia kena C19 sebab muntah-muntah, tak lalu nak makan, batuk dan sesak nafas. Sebab tu kena bawa pergi hospital, tapi apabila dah buat swab test Alhamdulillah keputusan negatif. Doktor pun check darah kerana takut terkena denggi, tapi tak ada juga. Rupa-rupanya dia terkena jangkitan kuman pada bahagian tekak dia, saya pun pelik," jelas ibu Zaki lagi.

Tambah Fatimatuzahra, rancangan untuk menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-15 Zaki nampaknya tidak menjadi selepas doktor menasihatkan anaknya itu perlu terus ditahan di hospital sehingga keadaannya semakin baik.

"Saya pun tak tahu sampai bila dia perlu ditahan di hospital. Nak plan sambut hari jadi dia hari Ahad ni tak jadi la, nampaknya kat hospital je la. Saya temankan dia dekat sini," ujarnya.



Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: