03 December 2021

'TIADA LELAKI, TIADA MASALAH' - VIDA GEMBIRAKAN HATI MENGINAP HOTEL RM50,000 SATU MALAM



Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida nampaknya sedang menggembirakan dirinya dengan bercuti di sebuah hotel terkemuka di ibu kota baru-baru ni, selepas putus cinta dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Vida dilihat menginap di sebuah hotel berharga RM50,000 untuk satu malam. Malah, Vida turut sertakan kapsyen, 'tiada lelaki, tiada masalah'.

Dalam satu lagi video, Vida sempat membuat TikTok bersama staf di hotel sambil menari mengikut rentak lagu berserta kapsyen mengatakan daripada bersedih lebih baik layan TikTok.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Vida itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang terkejut dengan harga hotel tersebut apatah lagi boleh membeli sebuah kereta. Bagaimanapun, ada yang berkata usahawan itu berhak untuk bahagiakan diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja mencari rezeki.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka juga turut gembira melihat ibu epada Cik B dan Kacak ini turut kini gembira selepas berdepan episod putus cinta.

Vida sebelum ini mempersoalkan kemampuan Iqbal untuk mencari pengganti lebih-lebih lagi wanita sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.


KLIK VIDEO DIBAWAH UNTUK TONTON



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: