03 December 2021

NIA RAMADHANI & SUAMI SELESAI PERBICARAAN PERTAMA - BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 4 TAHUN



Kira-kira pukul 2 petang semalam (waktu tempatan), pelakon popular Indonesia, Ramadhania Ardiansyah Bakrie atau Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie yang didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu selesai menjalani perbicaraan pertama di mahkamah Pengadilan Negeri Jakarta Pusat.

Lapor laman berita Detik, sidang yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi (waktu tempatan) itu terpaksa ditunda kepada pukul 12.32 tengah hari selepas pasangan itu tiba di mahkamah berkenaan pada pukul 11.50 pagi.

Pemandu pasangan itu, Zen Vivanto yang didakwa atas kesalahan sama turut hadir dalam perbicaraan tersebut. Ketiga-tiga mereka diperintahkan menjalani rehabilitasi selama tiga bulan dan berdepan hukuman penjara selama empat tahun.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nia ditangkap di kediamannya di Pondok Indah, Jakarta Selatan kira-kira pukul 3 petang pada 7 Julai lalu bersama Zen. Polis ketika itu menjumpai satu klip dadah jenis syabu bersama alat untuk mengambil dadah.

Ardi pula menyerahkan diri ke Balai Polis Metro Jakarta Pusat pada malam hari yang sama. Ketiga-tiga mereka menjalani rehabilitasi di Balai Rehabilitasi Fan Campus, Bogor, sejak 11 Julai lalu.


Sumber Kosmo & Detik

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: