04 December 2021

DIJANGKITI C0V1D, DAIYAN TRISHA ANGGAP IA SATU UJIAN



"Salam semua, berat hati untuk saya beritahu yang saya telah disahkan positif C0v1d.

"Saya pada awalnya menjadi kontak rapat dengan seseorang daripada pihak produksi yang disahkan positif pada Khamis.

"Bila saya dapat tahu, saya ketika itu masih negatif, tapi Daiyan tak sedap badan dan kebetulan saya ada satu majlis semalam.

"Jadi saya terus buat test pagi semalam dan keputusannya positif," ujar pelakon Daiyan Trisha berkongsi berita duka tersebut melalui Instagram miliknya.

Sehubungan itu Daiyan kini ku@r@ntin kendiri di rumah.

Klik untuk gambar besar



"Simptom saya tidak terlalu serius, cuma mengalami pening kepala, sakit tekak tetapi ia tidak teruk atau apa-apa lagi dan saya masih dalam keadaan baik, alhamdulillah.

"Saya mohon maaf kepada mereka yang menjadi kontak rapat, silalah buat ujian swab segera. Minta maaf sekiranya menyusahkan semua.

"Doakan Daiyan cepat pulih. Daiyan bersyukur atas ujian ini dan daiyan yakin semua yang berlaku ada hikmahnya," tambahnya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: