"Saya mencari pembantu peribadi (PA). Gaji RM10K, lelaki (bujang), umur 25-30 tahun. Wajib handsome ya, untuk perempuan ada jawatan lain, boleh tengok IG Story saya..." itulah kata jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dimana dia membuka jawatan kosong pembantu peribadi (PA) dipercayai bagi menggantikan 'orang lama'.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman yang sebelum ini gagal dalam usaha membina mahligai bahagia bersama bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli turut menyenaraikan syarat-syarat pada mereka di luar sana yang ingin cuba memohon jawatan tersebut.
Berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram, Vida bukan setakat mahu lelaki bujang yang mempunyai rupa paras kacak, malah siap menawarkan gaji yang lumayan iaitu sebanyak RM10,000 sebulan.
Klik untuk gambar besar
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat malah rakan artis tidak ketinggalan untuk mencuba nasib menjadi pembantu peribadi baru Vida seperti Shuib Sepahtu.
Untunglah siapa yang jadi pembantu peribadi Vida... Ada yang ingin cuba ke? Yang penting kena kacak ya! Heh!
________________________

No comments:
Post a Comment