04 December 2021

NORA BERSYUKUR ANAK-ANAK GEMBIRA, RAPAT DENGAN SUAMI BARU



Semua sedia maklum mengenai penyanyi Datuk Nora Ariffin yang kini sudah kembali bergelar isteri selepas mendedahkannya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Nora, 48, ketika ditanya lebih lanjut mengenai perkahwinan baharunya bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya, Dr Rushdi Ramli, 55, bagaimanapun tetap dengan pendiriannya untuk tidak mendedahkan tarikh sebenar pernikahannya itu.

Dalam pada itu, Nora berkata, jalinan persahabatan antara suami pertama, komposer terkenal Allahyarham Johan Nawawi dengan lelaki dinikahinya kini merapatkan lagi hubungan dengan anak-anaknya. Menurutnya, sekarang dia serahkan kepada suami untuk bantu anak-anak ketika menghadapi peperiksaan seperti membaca doa dan lain-lain.

"Anak-anak sangat gembira, mereka juga sangat rapat dengan suami. Mereka sangat rapat, iyalah kawan papa (Allahyarham Johan), jadi lebih dikenali dengan kawan papa sekali gus menjadikan hubungan mereka rapat. Alhamdulillah, sekarang ini kami solat berjemaah di rumah, usrah, tazkirah selain motivasi.

"Saya tidak ada ibu jadi serah kepada dia (suami) untuk bercerita apa-apa. Malah apabila anak saya nak periksa, (suami ajarkan) baca doa begini, begini," katanya.

Klik untuk gambar besar



Berhubung majlis perkahwinan, penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dilema' ini menjelaskan, sejak dari awal lagi, dia lebih memfokuskan untuk melaksanakan perkara wajib.

"Memang dari awal tidak ada niat nak buat. Bagi saya benda wajib sahaja perlu dibuat, namun mungkinlah (jika diadakan) Insya-Allah selepas selesai semuanya iaitu majlis kesyukuran sebagai tanda bersyukur. Tidak ada majlis besar-besaran.

"Sebenarnya berkenaan perkahwinan ini, saya tak nak kongsikan kerana bukan niat saya tetapi kadang-kadang orang bertanya. Jadi nak elak fitnah kerana orang create story (reka cerita), kita kena perbetulkan.

"Saya amat bersyukur dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin semula, bagi saya tujuan perkahwinan adalah untuk mencari keimanan yang boleh membantu keluarga dan itulah matlamat sebenar," ujarnya.




Sumber: Kosmo & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: