04 December 2021

MASUK WAD ZON MERAH - SHAHEIZY SAM ALAMI 'HYPOVENTILATION'



"Saya kena sama macam shoot Polis Evo 2 dulu, hypoventilation. Basically, oksigen kurang dalam badan, dada jadi sempit. After ambil drip sejam, terus sambung shoot, takda la serious. Dia akan sentiasa datang dan pergi. Terima kasih atas ucapan dan doa semua," jelas pelakon Shaheizy Sam, 36, mengenai keadaan terkininya.

Shaheizy atau lebih mesra di disapa Sam menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar dirinya dimasukkan ke dalam wad zon merah. Perkongsian tersebut telah mencetus kebimbangan ramai.

Menurut Sam, dia mengalami 'hypoventilation' ketika menjalani penggambaran. Jelasnya, keadaan tersebut tidak begitu serius dan dia diberi 'green light' untuk meneruskan penggambaran selepas tempoh sejam.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Sam pernah mengalami sesak nafas dan kebas separuh badan sehari sebelum kembali ke lokasi penggambaran 'Polis Evo 2'. Jelas Sam, kejadian itu menyebabkan dia terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan.

'Hypoventilation' berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan. ika seseorang Hypoventilation, tahap karbon dioksida badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen dalam darah.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: