04 December 2021

PAKAIAN HIKING NORA DANISH TERIMA 'TAZKIRAH', KECAMAN TERLALU SENDAT MACAM 'B***L'



Nampaknya, pelakon Nora Danish tidak serik lagi dikecam berhubung isu pakaian apabila kembali menjadi 'mangsa' kecaman netizen. Untuk kali ini, gaya pemakaian Nora ketika mendaki Bukit Dinding, Kuala Lumpur, hari ini, pula menerima kritikan serta teguran daripada netizen.

"Pertama kali, tapi bukan yang terakhir. Di mana pula lepas ni? #6km," tulis Nora pada foto sedang hiking sebagai kapsyen.

Ramai netizen kurang senang dengan pemakaian Nora yang dikatakan agak ketat untuk tatapan umum, apatah lagi untuk digayakan ketika mendaki. Malah, ada juga yang seolah mengambil peluang untuk memberi ceramah dan 'tazkirah' kepada pelakon tersebut.

"Berpada-padalah bila berpakaian, bukan dengki atau iri hati cuma ingatan sesama muslim. Semoga diberi hidayah dan pengakhiran hidup". - "Aku ingat perempuan mana la b***I tadi, tengok nama oh kak Nora, serious warna macam b***I skrin warna coklat gelap".

Klik untuk gambar besar



"Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa hiking semput la dear. Pakai baju sesuai, takut kalau jatuh pengsan, rescue tak nampak serupa tanah," tulis beberapa netizen.

Pun begitu, biarpun diasak dengan pelbagai kecaman, ramai juga yang masih memuji kecantikan aktres tersebut:

"Hiking pun cantik, jelesnya"."Lawanya baju Kak Nora, macam tomb rider gitu". - "Nak naik bukit pun cantik, cemburunya," tulis sesetengah netizen.

Apa pun, kita doakan semoga Nora mendapat hidayah untuk menutup aurat lebih sempurna. Amin.



Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: