31 December 2021

"JANGAN JUDGE 100 PERATUS DARIPADA IMEJ SESEORANG" - SABRONZO (DOLLA) LALI KECAMAN



"Saya dah biasa dengan komen-komen macam tu. Kalau fasal pakaian... memang begini cara saya berpakaian sejak dulu. Saya hanya kekalkan identiti yang sama sejak dulu. Tak ada yang berubah.

"Bagi saya jangan judge 100 peratus daripada imej seseorang. Kalau tak suka dengan dress up saya takkan saya nak paksa mereka support saya," ujar penyanyi kumpulan Dolla, Sabrina Rusli atau dikenali sebagai Sabronzo, mengakui sudah lali dengan komen dan kecaman netizen tentang penampilannya.

Sabronzo, 26, yang sering memuat naik foto berimej seksi itu berkata, apa yang dilihat netizen adalah imejnya sejak dulu sebelum bergelar selebriti.

Klik untuk gambar besar



Ujar Sabrina, setiap orang mempunyai cara dan perjalanan hidup masing-masing dan dia memilih untuk mengenakan imej sebegitu. Namun katanya dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berubah atau sekurang-kurangnya mengurangkan imej seksi pada masa akan datang.

"Iya la, moving forward setiap orang ada perjalanan sendiri dalam hal agama. Saya berpakaian seperti biasa saja. Namun pada masa depan apa sahaja boleh terjadi... just follow the flow," katanya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: