31 December 2021

AZWAN ALI: "GELUPUH KAHWIN TAPI MAJLIS TAK IKUT SOP?



Semua sedia maklum mengenai majlis perkahwinan selebriti terkenal, Kamal Adli dan Uqasha Senrose yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Enggan berdiam diri, pengacara sensasi, Azwan Ali atau mesra disapa sebagai Diva AA tampil memberi teguran sarkastik tentang isu berkenaan.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Azwan atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 55, turut mengaitkan nama penerbit Micheal Ang di dalam teguran tersebut.

"Gelupuh kahwin tapi majlis tak ikut SOP? Jadi, nanti Michael Ang boleh tak kau menyalak kuat lagi?" katanya.

Terdahulu, majlis resepsi pasangan selebriti yang berlangsung di sebuah villa di Genting Highland, Pahang itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana dikatakan melanggar SOP.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: