31 December 2021

BAD HARAP DAPAT JARI KAKI PALSU, BERHASRAT MAHU BERJALAN SEMULA



"Saya masih dalam proses menerima rawatan susulan untuk pastikan tiada jangkitan. Selepas habis luka ni tertutup barulah saya akan belajar berjalan semula," kata anggota kumpulan Indigo, Bad yang tetap positif meskipun terpaksa menjalani pembedahan membuang lima jari kaki secara berperingkat akibat penyakit diabetes.

Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah berkata dia kini masih menerima rawatan susulan untuk memastikan kawasan jari kaki yang dibuang tiada jangkitan kuman.

Dalam pada itu, Bad yang merupakan bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu turut meluahkan hasrat untuk berjalan semula namun memikirkan terlebih dahulu berikut kos jari kaki palsu agak tinggi.

Klik untuk gambar besar



"Selepas itu baru fikir sama ada nak pakai jari kaki palsu atau tidak kerana kosnya agak tinggi... yang penting saya nak berjalan semula," tuturnya.

Terdahulu, Bada berdepan kesukaran apabila lima jari kakinya terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes. Bad berkata dia terpaksa berjalan menggunakan walker untuk membantunya bergerak.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: