28 December 2021

MAJLIS KAHWIN SELEBRITI TERKENAL DIDAKWA LANGGAR SOP - POLIS BUKA KERTAS SIASATAN



Sebelum ini, tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands yang menjadi bualan ramai. Majlis berkenaan didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian mengenai majlis berkenaan dan sudah pun membuka kertas siasatan berhubung video tular itu.

Menurut siasatan polis, majlis itu berlangsung kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Disember lalu dan ada tetamu yang tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Klik untuk gambar besar



Katanya lagi, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis tersebut. Kes disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

Zaiham berkata, keadaan majlis itu didapati telah melanggar SOP Fasa 4 PPN. Dalam masa yang sama, Zaiham meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden tersebut dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Berdasarkan video terbabit, didapati ada tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka, selain tidak mengamalkan penjarakan sosial. Keadaan tersebut dilihat telah melanggar SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: