30 December 2021

MENGIDAM NASI KANDAR - NYNAA & SUAMI JAMU SELERA NAIK JET KE PULAU PINANG



Setelah kemelut rumah tangga pelakon Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas kembali berdamai, terkini netizen memuji dan rasa terkejut apabila pasangan itu menaiki jet peribadi semata-mata mahu menikmati nasi kandar di Pulau Pinang.

"Throwback video of a short getaway in Penang. Lama tak makan Nasi Kandar," kongsi Nynaa di media sosialnya.

Perkongsiannya itu juga mencetuskan rasa tidak puas hati segelintir netizen yang mendakwa pasangan itu seolah menunjuk kekayaan mereka.

"private jet ni disewa. bukan siap ada.. ramai orang kaya dan berduit bole sewa.. dan banyak artis yang sewa private jet. bukan bermakna benda tu dia orang punya sendiri.. ✌ dia orang hanya naik.. tidak memiliki.." komen seorang netizen seolah membetulkan perpepsi salah segelintir pihak yang mendakwa pasangan itu mempamerkan kemewahan yang ada.

Klik untuk gambar besar



"Tidak mengapa saya doakan rezeki awak dan suami bertambah dapat anak yang comel," komen positif yang lain pula.

Untuk info, kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November lalu apabila Fahmi mendakwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Apa yang mengejutkan, Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penceraian secara baik dengan Fahmi pada 10 November lalu dan sebutan kes berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.


Suaminya kemudian membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Permohonan itu difailkan Mohamed Fahmi, 29, selaku plaintif di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Noriah Zakaria.

Bagaimanapun, pada 11 November, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: