Tahniah diucapkan kepada pelakon Ikmal Amry atas kelahiran anak sulungnya yang selamat dilahirkan di Hospital Pantai Kuala Lumpur kira-kira pukul 12.41 tengah hari, Khamis.
Tiada kata yang dapat digambarkan melainkan rasa syukur, pelakon Ikmal Amry berkata isteri tersayang, Najla Shamsul Kamar, 23, selamat melahirkan cahaya mata perempuan secara normal.
"Perasaan saya masa baby keluar tu rasa terharu dan sedih sebab kita membayangkan pengorbanan isteri carry the baby sembilan bulan. Bersyukur baby dan wife sihat. Alhamdulillah perasaan dia tak terkata dan tak boleh nak digambarkan," katanya.
Terdahulu, Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 27, turut berkongsi foto dia memangku anak sulungnya itu di laman Instagram.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, bercerita tentang pengalamannya menemani isteri di dalam dewan bersalin, Ikmal berkata dia gagal menahan air mata saat melihat proses kelahiran anaknya.
"Pertama kali dalam hidup tengok depan-depan saat isteri melahirkan anak tu. Sebab tu la saya menangis. Semuanya macam tak disangka-sangka.... macam mimpi pun ada. Doktor sambut kelahiran anak dan saya diberi peluang untuk potong tali pusat... syukur sangat," tuturnya.
Tambah Ikmal, dia akan berkongsi nama puterinya itu apabila tiba masa yang sesuai. Untuk makluman, Ikmal bernikah dengan Najla pada 19 Disember 2020 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
________________________
No comments:
Post a Comment