03 December 2021

MULA HIDUP BERASINGAN, KEKAL HUBUNGAN BAIK DEMI ANAK-ANAK - YASMIN HANI SUDAH BERCERAI?



Pelakon Yasmin Hani dan suaminya, Sha'arin Mohamed Razali difahamkan telah membawa haluan masing-masing dengan memulakan kehidupan secara berasingan selepas 10 tahun hidup bersama.

Perkara ini dikongsi oleh Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 42, menerusi laman Instagram. Yasmin bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai perpisahan mereka, sebaliknya berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi sedikit privasi kepada keluarga mereka.

"Sha'arin dan Hani dapat melaksanakan apa yang telah kami persetujui bersama. Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

"Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua-dua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi," tulisnya yang turut berkata akan meletakkan kepentingan anak-anak sebagai keutamaan walaupun sudah berpisah.

Klik untuk gambar besar



"Kami harap semua pihak dapat memberi ruang dan menghormati keputusan kami ini demi kesejahteraan keluarga dan anak-anak kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih terlebih dahulu atas ingatan yang baik dan doa anda.

"Walaupun kami memilih untuk berpisah secara sedar, kami akan sentiasa menjadi keluarga yang penyayang dan dalam beberapa cara kami kini lebih rapat berbanding sebelum ini.

"Kami masih berkongsi ikatan kerana Noah dan Eissa, kami adalah ibu bapa dan kami mohon ruang dan privasi kami dihormati. Mari kekalkan suasana positivity. Alhamdulillah we are fine and moving forward," katanya.

Untuk makluman, Yasmin dan Sha'arin berkahwin pada 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 8, dan Eissa Elzander Wong, 5.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: