03 December 2021

BILA DATUK FAZLEY YAAKOB BERGELEK



"Minggu ini, saya dapat lagu dangdut "Yang Sedang Sedang Saja" nyanyian Iwan untuk Gegar Vaganza minggu ke-3. Saya first time akan cuba untuk nyanyi sambil bergelek ni!

"Ya Allah, siap ambil kelas gelek tau hari ni , macam nak tercabut rasanya pinggul. Saya akan cuba sehabis daya buat persembahan yang lebih bagus dari minggu lalu.

"Saya tak sure sama ada sama lebih risau nak nyanyi lenggok dangdut atau bergelek dangdut sebenarnya!!!

"Ada tips tak untuk berdangdut ni? Share please 😅," tulis penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik video dirinya sedang bergelek.

Klik untuk gambar besar



Aksi ligat gelek Fazley itu telah mencuri perhatian netizen. Ada diantara mereka memberi cadangan kepada peserta program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu belajar bergelek daripada tarian Bollywood.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang meminta bapa kepada empat cahaya mata itu belajar bergelek daripada raja gelek iaitu Datuk M. Daud Kilau.

Apa pun, semoga persembahan Fazley pada minggu ketiga GV8 ini dipermudahkan.


KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON - FAZLEY YAAKOB BERGELEK


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: