13 December 2021

"PERGI UNTUK BERIBADAH BUKAN BERSERONOK" - UQASHA TERKILAN RANCANGAN TUNAI UMRAH DIKECAM



"Saya telah menunaikan umrah sebanyak tiga kali sebelum ini dan sudah melalui proses khusus untuk ke sana, bukannya pergi hendak berjalan-jalan. Orang nak beribadah, bukan ke sana nak 'main'.

"Cantik sungguh bahasa masya-Allah," kata pelakon Uqasha Senrose yang meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir individu mengecam rancangannya untuk menunaikan umrah bersama suaminya, pelakon Kamal Adli.

Menurut Uqasha, jika dia benar-benar mahu berseronok seperti yang didakwa sudah pasti dia memilih lokasi lain untuk berbulan madu bersama Kamal.

Klik untuk gambar besar



"Jika nak berbulan madu, lebih baik saya pilih tempat lain. Saya pergi dengan agensi yang disertai oleh ustaz. Saya juga ke sana bukan hanya dengan suami sahaja, adik-beradik seperti Nelydia Senrose juga ikut. Sepatutnya doa yang baik-baik atau mengirimkan doa, Allahuakbar," tulisnya lagi.

Sebelum ini, Uqasha ada memuat naik perkongsian oleh sebuah akaun parodi di Twitter yang memberi pesanan 'mesra' untuk dia dan Kamal agar berhati-hati sepanjang menunaikan umrah bagi mengelakkan daripada dikenakan bayaran dam.

Minggu lalu, Kamal dan Uqasha mengejutkan ramai apabila mengumumkan sudah pun sebulan bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 5 November lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: